Wednesday 2 March 2016

25 Nasihat Pemakanan Sihat dari Prof Dr Muhaya

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah~

Assalamu'alaikum dan selamat pagi semua~ :-)

Alhamdulillah Allah bagi kelapangan masa hari ni, dapat dengar slot Prof Muhaya di radio Ikim.fm. Mendengar suara Prof ni dah macam dengar mak-mak bagi nasihat kat anak. Tenang je dengar. So ini antara baki point yang 'tertangkap' di telinga masa driving tadi dan masih teringat sampai saya kongsikan di sini :-)



(... Tanpa mengikut turutan...)

  • Jangan sibuk cantikkan accessories. Fokus pada pemakanan yang sihat untuk mencantikkan kulit.
  • Kurangkan makanan proses: sosej, nugget, burger dan lain-lain.
  • Protein bagus untuk healing process.
  • Makanan yang sihat mahal tapi tengok bila kita sakit, kos rawatan lagi mahal.
  • Tanpa kesihatan kita tak ada apa-apa. Tak boleh kemana-mana. Tak dapat buat apa-apa.
  • Ibu berpantang jangan asyik makan nasi berulam ikan masin. Banyakkan makan buah-buahan. Buat sup brokoli, makan terung, karot dan lain-lain.
  • Makanan yang tak sihat membuatkan kita ketagih. Makanan yang sihat tak akan buatkan kita ketagih (sebab ia mengenyangkan).
  • Pemakanan ibu mengandung, 3 bulan pertama menentukan kesihatan anak pada masa hadapan.
  • Pemakanan yang sihat tak perlu kira kalori.
  • Kita kena makan 5 warna: hijau salad, orange carrot, purple cabbage, kuning capsicum, walnut dan lain-lain.
  • Caterer jangan masukkan MSG dalam masakan.
  • Badan kita kalau selalu makan makanan yang sihat, sekali makan yang tak sihat, badan akan jadi penat dan letih. Tapi kalau kita makan (MSG), badan tak ada effect apa-apa, relex sahaja, maksudnya badan kita dan sebati dengan benda yang tak sihat.
  • Amalkan pemakanan yang sihat selama 21 hari. kita akan ada saraf baru. Apabila kita start new habit neuron akan tumbuh dikenali sebagai "neuroplastisiti". Pabila kita nampak makanan yang sihat, sayur dan sebagainya kita akan jadi suka.
  • Ambil lauk dulu baru letak nasi. Muatkan lauk dalam pinggan, space yang tinggal untuk nasi. Bila tak muat, kita akan ambil sikit sahaja. Cara ambil tu yang penting.
  • Nasi campur sangat heavy. Bila kita makan, kita akan penat.
  • Nasi putih ini diproses. Khasiat dah tak ada. Yang tinggal cuma kanji. Indeks Glisemik tinggi. Apabila kita makan gula shoot up tinggi. Hormon akan keluar. Hormon untuk fat deposition distimulasikan hasilkan kurang bakar lemak, simpan banyak lemak. Badan lemah, letih dan kerja kurang produktif. 
  • Bawa bekal buah-buahan. Gantikan kopi masa minum pagi (pukul 10 pagi) dengan makan buah. Tak kisah buah apa. Murah pun tak apa, asalkan berwarna macam jambu. Potong kecik-kecik jadikan snek.
  • Puasa 2 kali seminggu. Sistem imun meningkat. Regenerate stem cell yang baik. Banyakkan puasa, kurangkan makan.
  • Diet untuk ibu menyusu: buah-buahan (fresh - serat, air dan vitamin) jadikan habit. Soal sejuk tak sejuk, tak perlu percaya. Makanan yang sihat baik untuk sel-sel dalam badan.
  • Tengok mata, kita boleh tahu cara pemakanan seseorang.
  • 4 kesan yang akan mengikuti orang yang selalu risau dan negatif: gastrik, migrain, sakit belakang dan darah tinggi awal.
  • Nak hidup, makan makanan yang 'hidup'.
  • Anything natural is good.
  • Makan dengan sedar.
  • NEP: Nutrition + Exercise + Positive thought (pemikiran positif)

Dengar lebih lanjut di Fb Prof Muhaya.


Tengok Prof Muhaya tersenyum, kita pun mesti tersenyum sama :-)


"Ada baik, beri baik, dapat baik."


Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: