Monday 28 March 2016

50 lagi Tips Kesihatan dan Kehidupan dari Prof Dr Muhaya

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah..

(Sambungan dari Stroke haba dan Tips kesihatan dari Prof Dr Muhaya)


Kalau anak demam, ambil suhu badan. Kalau lebih daripada 39 (darjah celcius) baru makan ubat.

Mild fever kena sponge sahaja - Letak towel lembab di kepala, lap sekali-sekala di bahagian pelipat, ketiak, kelengkang. Bagi baby boy, lapkan di area 'ball' dia. Bila kita lap dengan air, suhu badan akan turun.  

Dalam kes heat stroke - antara salah satu symptom dia panas tetapi tidak berpeluh puncanya kerana kurang air.  Itu lah sebab kalau nak cegah heat stroke mesti kena minum banyak air. Bila air kita banyak, senang peluh nak keluar.

SubhanaAllah ada hikmah Allah jadikan banyakkan kelenjar peluh di kulit kita. Bila peluh keluar, ia boleh menghilangkan (menurunkan) suhu badan.

Suhu (badan) melebihi 40 darjah celsius akan merosakkan fungsi sel.

Suhu normal badan kita 37.4.

Panas luar vs panas dalam. Dalam medical term hanya bercakap mengenai core body temperature (dalaman). Cara nak sukat suhu (badan):
  • letak termometer dalam mulut, atau pun
  • bagi kanak-kanak letak di telinga.
  • Tapi sekarang ada alat baru letak di dahi sahaja, tak perlu masuk mulut.

Ada keadaan yang mana orang tu demam, badan panas tapi dia rasa sejuk, badan menggigil - chills and rigors. Itu salah satu mekanisme nak hilangkan suhu badan.

Kalau kita rasa badan panas macam nak demam sikit, apa yang kita kena buat kalau kena panas: minum air, sponge, berwudhu, berdoa dan banyakkan bertaubat.

Bila kita sakit kena bertaubat.
Bertaubat sebelum mencari ubat.

Stroke haba vs stroke hati. Strok haba bahaya tetapi strok hati lebih bahaya. *deep*

Heat stroke senang kena pada orang berumur lebih daripada 60 tahun dan kurang daripada 4 tahun, kerana keupayaan untuk regulate body temperature agak berkurangan, tetapi orang muda pun boleh kena, depends on the exposure.

Hidung berdarah: di kawasan hidung kita terdapat salur darah yang kecil (littles area) yang senang berdarah jika suhu meningkat sebab berlaku vasodilatasi (pengembangan salur darah).


Bila berlaku pendarahan: baring tegak (menyandar), ambil ice bag letak / tuam dekat hidung. Bila kita letak ais berlaku vasoconstriction (pengecilan semula salur darah). Darah akan berhenti. Tak perlu risau.

Kita akan berpeluh bila rasa panas sebab salur darah mengembang (vasodilatasi) di kelenjar peluh, maka keluarlah peluh.

Placebo effect - kita percaya pada sesuatu ubat yang kita ambil, body akan manufacture chemical ke arah kesan itu.

Jangan fikir yang bukan-bukan. Heat stroke memang sesuatu yang membimbangkan tetapi ambil ia in a positive manner - prihatin penjagaan air, tak membazir dan sebagainya.

Kopi, alcohol dan kafein boleh menghilangkan air dalam badan. Alcohol, kafein no good. Banyakkan minum air kosong.

Air kosong tiada nutrisi, jus sayur ada nutrisi. Jus buah (kalau banyak sangat) ada gula fruktos tetapi jus sayur kurang gula dan lebih sihat.

Kanser colon (usus - kanser no.2 di Malaysia) banyaknya terjadi sebab kekurangan fiber. Badan kita kurang serat. Kalau bandingkan antara minum air dengan minum sayur, lebih bagus minum sayur sebab sayur ada fitonutrien dan tenaga daripada matahari (fotosintesis). Jadi kita akan dapat energetic.

Olive (zaitun) bagus; buah yang berkat.

Allah ciptakan manusia dengan certain capacity. 'Software' kita semua sama. 'Hardware' kita juga sama. Tapi emosi kita berbeza bergantung kepada kanta kehidupan kita - cara kita melihat sesuatu.

Setiap hari bila aku keluar rumah, apa yang aku nak lihat, aku lihat sebagai nikmat. Apa yang aku nampak , aku nampak sebagai iktibar.
  • Lihat (dengan mata fizikal) - cantiknya cuaca tiada jerebu.
  • Nampak (dengan mata hati)
  • Iktibar - apa yang buatkan kita dekat dengan Allah.
Kita ada 4 mata:
  • Mata fizikal
  • Mata akal - mata berfikir; bila kita lihat kita berfikir, fikir jadi zikir.
  • Mata nafsu - cari salah orang sahaja; cari sebab buat dosa; cari sebab untuk buat tahyul sahaja.
  • Mata hati - lihat kebesaran Allah; hikmah dalam apa-apa suasana.
Semakin tinggi ketuhanan, semakin tinggi ketenangan.
Semakin tinggi keegoan, semakin kurang ketenangan.

Siapa yang tak tenang, confirm ego. Tanda-tanda ego:
  • Suka cari alasan.
  • Suka nak menang.
  • Bercakap, mesti nak betul.
  • Sangat jaga reputasi.
  • Bercakap nanti apa orang kata.
  • Mengukur nilai diri berdasarkan pangkat, title, dan sebagainya.
  • Merasakan apa yang dia dapat adalah hasil usaha titik peluh sendiri - sangat kedekut.
  • Suka mencari berita, tak suka cari ilmu.
  • Tak suka ditegur, suka dipuji.
[ Peristiwa ] + [ Respon ] = [ Hasil kehidupan ]

[Cuaca panas] + [taubat, ambil langkah pencegahan dari segi fizikal, rohani, emosi (positif)] = [positif / ketenangan]

Lakukan solat taubat.
  • Bermula taubat pada Allah
  • Para isteri minta ampun pada suami.
  • Para suami berterima kasih pada isteri dan anak-anak.
  • Ibu bapa minta maaf pada anak-anak, terutamanya pada anak-anak yang tak 'jadi' seperti yang kita nak sebab kita yang mendidik mereka.
  • Guru-guru minta maaf dengan anak murid dan sayangi murid-murid.
  • Semua pekerja dan majikan berkasih sayang.
Would rather be kind than be right. Perkara yang tidak melibatkan agama dan akidah, kita mengalah, jaga silaturrahim. Kalau orang yang ego, dia mesti nak betul je (nak orang lain terima cakap dia). Itu perbezaan antara orang kesedaran ketuhanan dengan kesedaran keegoan. Keegoan itu nafsu, ketuhanan itu iman. Ciri-ciri orang yang beriman adalah berakhlak.

Kepada ibu bapa sekalian, bila anak-anak nak bercakap, jangan sibuk dengan handphone, baca whatsapp masa tu. Bila anak cakap, kita kata "oh ye.." (tunjukkan minat nak mendengar), pandang mata, beri perhatian.

Salah satu bahasa kasih sayang ialah beri perhatian.

Ambillah pendekatan makan tumbuh-tumbuhan, makan sayur, dapat tenaga yang baik.

Cara nak buat jus sayur: pilih buah-buahan yang agak manis dan sedap sebagai base. Pilih buah GI rendah (contoh: green apple, carrot, timun, tomato). Gunakan at least 1 buah. Lagi banyak warna tumbuhan lagi bagus.  Dah dapat air (jus), kemudian kita blend (dengan blender berkuasa tinggi) dengan sayur (contoh: pucuk ubi, bayam) dan ulam-ulaman (contoh: belalai gajah, mas cotek, misai kucing, ulam raja, pudina).

Style baru: bukan makan ulam, kita minum ulam, minum sayur!

GI (Glisemik indeks) = setiap gram (gula) yang kita makan, (menentukan) berapa banyak gula yang naik dalam tubuh kita.

Buah yang mengandungi GI yang tinggi seperti anggur, orang yang ada kencing manis tak boleh makan.

Kentang putih sangat tak bagus sebab ada GI yang tinggi. Kalau kita pergi restoran segera (fast food) semuanya guna kentang putih, tu sebab rakyat Amerika adalah yang paling tak sihat di dunia.

Kalau kita sayang seseorang, beri mereka peluang untuk sihat.

Cara nak sihat ialah makan buah-buahan. Instead of beli barang bersifat luaran (contoh: baju, handbag, pinggan mangkuk), lebih baik kita beli untuk manfaat dalaman. Contohnya:

Fruit mixer / High speed blender

Slow juicer

Filter air yang baik


Botol air BPA free

Vegetable wash

Stok buah-buahan dan sayur-sayuran sihat

Suplemen yang sihat, semulajadi, berkesan dan selamat

Mak ayah kita yang mungkin gigi tak kuat pun boleh makan makanan yang sihat dengan mudah.

Bagi orang yang ada kencing manis, lagi banyak kita makan sayur-sayuran hijau lagi cepat badan kita akan heal.

Makan nasi sepinggan, beras putih dah diproses tapi kalau makan sayur sepinggan, ada fitonutrien.

Mencemburui masa. Nak kunyah makan ambil masa. Daripada makan sayur, tak sempat kunyah terus telan, kita ubah kepada yang lebih sihat dan efficient, minum sayur.

Tujuan hidup kita untuk khusnul khotimah - nak bahagia di taman syurga.

3 "pencen kubur":
  • anak yang soleh.
  • sedekah jariah.
  • ilmu yang bermanfaat
Konsep pencen - kita tak buat tapi dapat faedah. Contoh: dalam kubur, dah tak boleh pakai tudung, tak boleh solat. Nak buat kebaikan, nak beramal, buat sekarang.

Pilih playlist youtube yang menenangkan.

Jadikan 'mencari ilmu' tu satu tujuan hidup kita, fokus hidup kita. Itulah makanan rohani kita. Bila makanan rohani kita penuh. kita tak perlu sangat manusia - kita tak perlu cari perhatian, nak suruh orang puji, nak over-over, nak famous, nak cantik, nak lawa. Tak perlu. Itu motivasi ekstrinsik yang merugikan.

Carilah motivasi intrinsik (dalaman) - kita nak jadi semakin hari semakin baik, bina silaturrahim yang baik, dan beri manfaat sebanyak mungkin.

Nak beri ilmu kita kena ada ilmu. Tak boleh memberi manfaat tanpa ilmu.

Kita kena mencemburui masa. Jangan biar masa itu sedikit pun terbiar tanpa manfaat.

.
.
.
.

Allah.. Allah.. Allah.

Inspirasi dari orang yang luar biasa hebat.

Terima kasih Allah.
Terima kasih Allah.
Terima kasih Allah.

Terima kasih Prof.


Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: