Sunday 13 March 2016

Boboiboy, terbaik!

Teks: Nurul Aini Mohd Noor

Bismillah wa alhamdulillah~

*cerita pukul 2 pagi tadi*


Heeeee dah tengok!

Memang terbaiklah. Gambar cantik, cerita menarik, serius memang bestlah (2 thumbs up!~). Konon nak layankan anak buah. Tapi sebenarnya teringin gak nak tengok. 'Peminat kipas mati' cerita kartun kot saya ni. Mana boleh missed! Nak tunggu dekat astro first entah bila keluarnya. Along dah ajak, so i follow je lah. :-)

Sampai dekat Kluang Mall... Fuhhh penuh kot orang. Dari budak-budak sampai ke nenek dengan atok budak pun ada. Masing-masing gaya macam baru pukul 8 malam je. Padahal dah pukul 10 malam kot. Yang best tengok anak-anak kecik ni lah. Excited nak tengok wayang agaknya tu. Kalau tak Boboiboy, mesti diorang pergi tengok Kungfu Panda 3. Takkan tengok cerita Munafik kot~ (huhu)

At first tadi macam berkira-kira la juga nak tengok cerita mana (Boboiboy vs Kungfu Panda 3). Tapi since Boboiboy cerita (hasil karya) orang kita, ex-MMUians pulak tu, dengar review pun meletop, so kami decide beli tiket Boboiboy. Nak la tengok sendiri apa yang best sangat cerita ni. 

Huarghhh seat yang available tinggal yang 2nd row dari screen! Huuu mendongaklah jawabnya nanti. Serius pecah panggung ni. Almost full house kot. Sampai 2 panggung tayang cerita yang sama (Boboiboy); pukul 10 dengan pukul 10.10 malam. Semangat masing-masing. Memang patutlah baru berapa hari tayang, kutipan dah cecah almost 4 juta. 

Tapi ada 1 yang kurang: tak ada langsung merchandise Boboboi dijual kat sini. Yang ada cuma botol Dragon Warrior tu je. Itu pun dah sold out~ huu sedih! Ingatkan ada la Boboiboy punya popcorn box ke botol air Ying ke, apa-apa je lah, asalkan ada something untuk dibeli sebagai kenangan. Tak tahulah kat tempat lain, tapi kat sini memang tak ada dijual. Frust!

Ala kulli hal, syukur alhamdulillah at least kami dapat spent time sama-sama. Thanks along for the treat and tahniah to Boboiboy and team untuk hasil kerja yang super awesome!

Peningkatan kuasa Boboiboy. Now dah ada 7 power!

Papa Zola yang gediks tapi care pasal anak-anak murid.

"Kebenaran tidak akan bergerak sendirian".

Geng Tengkotak.

Bora Ra yang jahat dan tamakkan kuasa.

Intro sedih. Boboiboy ingatkan Achobot nak ikut atok kandung balik
kampung tinggalkan dia.

Kiki Ta yang berjaya mencuri hati Adu Du aka Encik Boss.

Klamkabot yang baik hati. Boboiboy ingatkan dia ni atok kandung Achobot.
Cici Ko yang bertukar jadi Koko Ci yang cute. Buat lawak kasi pecah perut.
Haha semangat saya dok update pepagi buta ni. Dok pandang Koko Ci teringat dia buat lawak kat ending of the story. Part ni macam tiru gaya Po dalam Kungfu Panda 2 - cakap berdegar-degar tapi sikit habuk pun orang kat bawah tak dengar apa dia cakap. Haha.

Tengok Boboiboy tapi snap dengan Dragon Warrior. Apa kes? :-)
Ok. Jangan lupa telan Ostematrix before tidur.

Selamat malam!~

Salam sayang,

Nurul Aini || 013-720 0029
Sahabat Shaklee Anda, 1103786

No comments: